Sambung tentang entry yang lepas, ia berkaitan tentang pelajar juga . Iaitu adab-adab kita sebagai pelajar ketika menuntut ilmu .
Banyak amalan atau adab yang kita diajar ketika sekolah dahulu seperti baca doa sebelum belajar, beri salam kepada guru dan salam dan cium tangan guru seusai kelas yang telah kita lupakan dan tinggalkan.
Perkara ini sebenarnya harus diambil serius, kerana guru itu ibarat ibu atau bapa kita di sekolah/Universiti. Harus ada rasa hormat , apatah lagi mencelah ketika guru mengajar dengan pertanyaan-pertanyaan yang ingin memprovokasi guru tersebut .
Di sini saya sertakan 5 adab-adab ketika menuntut ilmu .
1. Kesabaran Yang Tinggi
Kita selalu merungut atau menyalahkan takdir bila keputusan quiz, mid term atau apa-apa exam yang kita ambil keputusannya tidak memuaskan. Lupakah kita Allah telah menetapkan apa yang terbaik buat hambaNya. Apa yang perlu kita lakukan sebagai hambaNya, bersyukur dan bersabar atas apa yang berlaku. Kesabaran yang tinggi mampu mentarbiah diri untuk menerima apa jua ketetapan yang telah Allah berikan pada kita . Tetap bersabar dan istiqamah dalam menuntut ilmu, tiada manusia yang tidak diuji Allah . 😃
2. Ikhlas Untuk Beramal Dengan Ilmu Yang Diperolehi
Setiap apa yang kita lakukan haruslah semata-mata kerana Allah SWT. Keikhlasan seseorang itu tiada siapa yang tahu melainkan Allah SWT. Samalah juga ketika menuntut ilmu, apakah tujuan utama kita datang ke sekolah/Universiti ? Untuk kejar 4.0 ? Untuk Mencari Jodoh ? Atau niat kerana Allah SWT ? Kita sebagai umat Islam, seharusnya pasakkan niat dan ikhlaskan diri untuk menuntut ilmu kerana Allah Ta'ala. Ianya berbeza antara belajar untuk mendapatkan 4.0 dengan niat ikhlas kerana Allah.
Ilmu yang kita belajar hanya kerana ingin melepaskan diri dalam dewan peperiksaan hanyalah sekadar di dalam dewan peperiksaan. Kita belajar siang dan malam hanya untuk peperiksaan, kita muntahkan segala isi diatas kertas soalan . Tiada apa yang tinggal.
Sebaliknya, bagi yang menuntut ilmu kerana Allah , biasanya mereka praktikkan ilmu yang dipelajari di dalam kehidupan dia . Keberkatan ilmu yang Allah beri itulah yang kita cari . 😄
3. Memanfaatkan Waktu Yang Ada Untuk Belajar
Masa lapang kita haruslah kita gunakan dengan perkara-perkara yang berfaedah . Manfaatkan masa lapang kita dengan buat sedikit ulang kaji atau menelaah kembali nota-nota yang cikgu atau pensyarah ajar di dalam dewan kuliah bagi menguatkan lagi pemahaman tentang sesuatu topic tersebut. Manusia selalu mensia-siakan waktu lapang yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah seperti tidur. Jauhkan dari perkara-perkara seperti ini.
Video ini akan menjelaskan lagi tentang adab-adab menuntut ilmu yang lain . 😃😃
Video ini akan menjelaskan lagi tentang adab-adab menuntut ilmu yang lain . 😃😃
Sekian dari saya , moga bermanfaat . Terima kasih . 😄😄