Search

Tuesday, 4 April 2017

Amalan-amalan Untuk Menguatkan Hafalan

Bismillahirrahmannirrahim , Assalamualaikum wrt wbt semua . Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kepada sesiapa yang membaca entry ni dapat lagi kita bernafas menghirup udara untuk terus hidup di muka bumi demi misi dan tugas kita sebagai seorang hamba di muka bumi Allah ini . 😄

Haa, kawan-2 . Amboi, pembuka kata punya berbunga-bunga ye . .😛
Ok, hari ni nak bercerita & nak share sikit ilmu yang saya dapat tentang amalan-amalan ketika kita study nii . Haa. Amalan apa tu ? Ye lah, kita sebagai student ni perlukan otak yang cerdas untuk kita study kan. Sebenarnya dalam Islam dah ada dah tips-tips atau petua untuk menguatkan hafalan kita nii .
Nak tahu apa ? Jom . 😀

Ini adalah antara amalan-amalan untuk menguatkan hafalan kita . :)  ⬇⬇⬇

1. Tenang Hati




2. Bersederhana dalam Makan dan Minum



Ni pun masalah jugak sebenarnya, al maklumlah lagi-lagi kt UUM ni makanan bersepah & murah-murah . Tak mampu ceq nak kawal nafsu makan . Sanggup jalan kaki dari fakulti untuk kek Vmall or Pusat Islam semata-mata nak makan time waktu dalam kampus . 😁😁 .
Kita cuba ye untuk kawal nafsu makan , bersederhana dalam makan dan minum . 😄

3. Pemakanan Berjadual






4. Mengeluarkan Lemak yang Berlebihan Dalam Badan














5. Amalkan Memakan Kismis dan Kurma


Haa. Makanan Sunnah ni mesti korang commonly akan jumpa time bulan puasa je kan . HAHA . and petanda nak dekat puasa bila suara halus perempuan (agak seram 😅) start keluar kat TV & Radio . apa dia ? korang cari sendiri lahh . hahaha . ~ Yusuf Taiyoob ~ .
Ok, makanan Sunnah ni sangat-sangat bagus untuk kuatkan daya ingatan korang yang sedang menghafal tu .
Cuba lah, sebelum pergi kelas tu makan lah kismis atau kurma . Selawat sama yaa . In Shaa Allah .

6. Beriadah

- Teringat dekat Naqib Usrah saya, usia dia 38 tahun . Tapi sangat-sangat aktif dengan sukan berbasikal dia. Berpuluh-puluh kilometre dia kayuh . Dia kata sebab nak kekalkan stamina dan nak jaga kesihatan badan dalam ikhtiar untuk elakkan penyakit-penyakit menyerang badan.













Selain dapat kekalkan kesihatan , kita sebagai student mampu menjana otak yang cerdas dan badan yang cergas untuk kita study. Kalau duduk dalam bilik mengadap buku pun tak elok juga 😅

 Ok, setakat ni dulu untuk entry ni ye . Mohon tambah kalau ada kurang . Jadilah mahasiswa yang cerdas dan cergas serta aktif dalam kampus . Sangatlah rugi untuk kita datang ke Varsity dan spent masa dengan study 24 jam . Enjoy & bergaul dengan dunia luar ye .

In shaa Allah, next entry akan menceritakan tentang . . . .

Jeng-3 . Adalah. Rahsia . 😂

In Shaa Allah .